PROGRAM SARINGAN CALON LANTIKAN KONTRAK PETUGAS KESIHATAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

 

KUALA LUMPUR, - Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera telah mengiringi YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan ke Program Saringan Calon Calon Pelantikan Secara Kontrak Petugas Kesihatan Kementerian Pertahanan.

Di dalam program ini seramai hampir 30 orang calon pelantikan secara kontrak telah diambil untuk membantu tenaga kerja kesihatan di peringkat ATM. 

Calon-calon tersebut juga merupakan bekas-bekas pekerja kesihatan yang pernah berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan sendiri. 



Program secara ringkas itu telah berlangsung di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Turut hadir Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi, Ketua Staf Markas ATM dan Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)