SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 29 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
* Kes sembuh : 5,298 kes (677,751 kes kumulatif, 90.9%);
* Kes baharu : 6,437 kes (745,703 kes kumulatif);
* Kes import : 14 kes (3 warganegara, 11 bukan warganegara);
* Kes tempatan : 6,423 kes [4,672 warganegara (72.7%); 1,751 bukan warganegara (27.3%)];
* Kes aktif : 62,844 kes;
* Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
* Kes memerlukan bantuan pernafasan : 455 kes;
* Kes kematian : 107 kes (5,108 kes kumulatif, 0.68%; 99 warganegara, 8 bukan warganegara);
* Jumlah kluster : 2,821 kluster;
* Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
* Jumlah kluster yang telah tamat : 1,934 kluster; dan
* Jumlah kluster aktif : 887 kluster.
Sebanyak 107 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing tujuh (7) kes di Kedah, dan Melaka, enam (6) kes di Johor, masing-masing empat (4) kes di Sabah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Pahang, serta satu (1) kes di Terengganu.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia