Sepang 1000km janji aksi penuh debaran
1
Image © SIC
Para peserta mengambil selekoh semasa saingan Sepang 1000 KM yang berlangsung pada edisi tahun lalu. Gambar arkib.
Para peserta mengambil selekoh semasa saingan Sepang 1000 KM yang berlangsung pada edisi tahun lalu. Gambar arkib.
SEPANG, (Arena.my) - Sepang 1000 KM bakal menghangatkan litar mulai Khamis hingga Sabtu ini, dalam acara kemuncak yang bakal menutup tirai musim perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.
SIK, yang menyaksikan dua edisi pertamanya dianjurkan pada minggu pertama Jun, membuat keputusan untuk mengubah jadual perlumbaan ke awal Disember pada kali ini untuk menggambarkan status baru S1 K sebagai penamat musim perlumbaan baru SIC.
"Sebab utama kami mengubah tarikh S1K adalah untuk memberikan lebih masa kepada peserta untuk mempersiapkan jentera mereka. Meminda tarikhnya ke akhir tahun menjanjikannya status sebagai acara kemuncak tahun ini dan juga mengakhiri tahun dengan acara besar.
"Kami juga mahukan pelumba baru untuk menjalani tempoh latihan lebih lama dengan menyertai pusingan Malaysian Super Series sebelum menyertai S1K yang lebih mencabar.
"Kami juga mahukan S1K untuk menjadi pentas buat pasukan dan pelumba untuk mara setapak lebih jauh dalam MMER pada tahun berikutnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali.
Selain perubahan tarikh yang menggambarkan kedudukan S1 K sebagai penamat musim terbaru SIC, perlumbaan tahun ini juga akan menyaksikan perubahan daripada segi peraturan perlumbaan dalam usaha untuk menggerakkan ke hadapan pembangunan arena sukan bermotor Malaysia.
Perlumbaan tahun ini bakal menyaksikan 23 kereta di atas grid dengan pengeluar tempatan, Proton mendahului dengan 15 akan beradu dalam Kelas 2.
Proton juga akan meletakkan wakil dalam kategori perdana, Kelas 1 dengan Team ASG akan turun ke trek dalam jentera Proton Inspira yang diketuai Krish Shanmugam, Alex Ritchie dan Ryan Ritchie.
Selain jualan tiket, terdapat banyak lagi aktiviti samping yang dianjurkan sempena perlumbaan termasuk demonstrasi pocket bike, drifting, go-kart dan perjumpaan kelab bermotor.
Sejumlah RM30 akan dikenakan masing-masing bagi demonstrasi drift di PA1, pocket bike dan go-kart.