Tahniah Kepada Red Warriors
Kelantan mara ke Final Piala Malaysia apabila berjaya membenam Selangor
2-0 hasil jaringan lewat import sensasi Kelantan,Mohamed Ghaddar dan gol
kedua menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan oleh Badhri
Radzi.
Kejayaan ini bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi
apabila tunjang utama Kelantan,Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi
dipentas final gara-gara mengutip dua kad kuning.Mungkin sudah tersurat
Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi untuk Kelantan atau adakah
agenda tersirat yang ingin memastikan pasukan Kelantan beraksi tempang
di Final nanti.
Apapun semangat juang semua pemain malam ini menghadiahkan satu lagi
kejayaan buat Kelantan kerana berjaya melangkah kepentas final Piala
Malaysia sekali lagi.ATM adalah lawan yang sukar kerana rekod Piala
Malaysia musim ini menyaksikan Kelantan seri ditempat lawan dan terpaksa
berhempas pulas untuk menang di Kota Bharu.
Kejayaan Kelantan ini memadamkan impian misi 33 yang dikuburkan The Red
Warriors di gelanggang keramat mereka sendiri.dihadapan puluhan ribu
penyokong mereka Red Giant jatuh tersungkur di baham Red Warriors sambil
menyaksikan Bosko Balaban diperintah keluar padang dibabak akhir
perlawanan gara-gara menyiku Obinna.
Pertahanan Kelantan bertindak cemerlang malam ini apabila berjaya
mengekang setiap asakan penyerang Selangor yang diketuai Amri
Yahyah.S.Subramaniam antara watak penting malam ini,Beliau berhempas
pulas mengekang setiap pergerakan lawan sambil dibantu Nik
Shahrul,Obinna dan Daudsu.Khairul Fahmi juga banyak menyelamatkan pintu
gol Kelantan dari dibocori malam ini.
Syabas buat semua pemain yang bertungkus lumus memberikan persembahan
terbaik dan tidak menghampakan penyokong-penyokong setia yang datang
dari segenap ceruk termasuk dari bumi Kelantan
sendiri.Penyokong-penyokong The Red Warriors sepatutnya mendapat
anugerah penyokong terbaik tahun ini andai dikira dari segi sokongan dan
disiplin yang ditunjukkan sepanjang musim ini.