THE RED WARRIORS KUATKAN PASUKAN
KOTA BHARU: Skuad bolasepak Kelantan The Red Warriors bertolak ke Lembah Klang hari ini untuk meneruskan sesi latihan serta mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Liga Perdana bagi memperkuatkan lagi saingan Liga Malaysia musim 2017.
Beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab dari Liga Perdana turut diatur sepanjang tempoh skuad Kelantan berada disana.
Perlawanan persahabatan pra musim 2017 pasukan Kelantan diantaranya perlawanan dengan kelab MIFA FC pada 9 Januari, kelab UITM FC pada 11 Januari dan juga PDRM 15 Januari 2017 ini.
Latihan serta perlawanan persahabatan pra musim 2017 bagi mengukuhkan lagi pasukan Kelantan bagi persediaan untuk Liga Malaysia musim ini selepas KAFA ingin menarik diri serta mengalami masalah dari sudut penajaan.
Gomo Kelate Gomo