KHAIRUL HAFIZ RAJA PECUT ASIA TENGGARA

Tahniah!!🇲🇾.... KHAIRUL HAFIZ RAJA PECUT ASIA TENGGARA ðŸ‡²ðŸ‡¾
Khairul Hafiz Jantan ðŸ‡²ðŸ‡¾ menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia ðŸ‡²ðŸ‡¾dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA dengan mengungguli acara tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Khairul Hafiz mencatat 10.38 saat untuk menghadiahkan pingat emas ke 40 Malaysia,🇲🇾 menewaskan pemenang 2015, Eric Cray dari Filipina di tempat kedua manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun di tempat ketiga.
Ini merupakan pingat emas kedua kem olahraga negara ðŸ‡²ðŸ‡¾ selepas Irfan Shamshuddin tuai emas pertama dalam acara lempar cakera.
Dalam pada itu, ratu pecut negara, Zaidatul Husniah menamatkan saingan 100 meter wanita akhir dengan pingat perak.
Terdahulu, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat gangsa acara melontar peluru lelaki.
Tahniah kepada semua pemenang!

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)