RAMAH MESRA PM BERSAMA PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN DI LANGKAWI
LANGKAWI: Program Ramah Mesra YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Bersama Peladang, Penternak & Nelayan PPK Langkawi di Perkarangan Pejabat, PPK Langkawi.
Hari ini sebanyak 4,000 benih pokok kelapa pandan diedarkan kepada peladang, penternak dan nelayan. Ia adalah bertujuan sebagai satu rangsangan bagi golongan sasar di sini supaya menjadi pencetus kepada satu sumber rezeki baru dalam bidang pengeluaran kelapa khususnya kelapa pandan. Tanaman kelapa pandan adalah bersesuaian dengan geografi Pulau Langkawi. Selain daripada ianya baik untuk biodiversiti pulau ini, ia turut mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pelancong luar.
Program ini merupakan sebuah medium pemantauan projek pertanian di lapangan serta penyaluran dan penyampaian maklumat dua hala di antara pihak kerajaan dan golongan sasar.
Salahuddin Ayub
Sim Tze Tzin 沈志勤
Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#moa #ourfoodourfuture