MALAM PENGHARGAAN SEBAGAI ACARA PENUTUP KLIMS 2018


KUALA LUMPUR: Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur  2018 edisi ke-9 melabuhkan tirai selepas penganjurannya bermula  23 Nov hingga 2 Dis di Pusat Perdagangan  dan Pameran Antarabangsa Malaysia  (MITEC).

Untuk melengkapkan acara penuh gemilang, pihak  penganjur,  Persatuan Automotif Malaysia  (MAA) mengadakan majlis makan malam penghargaan sekaligus sebagai acara penutup KLIMS'18. Malam penghargaan tersebut adalah bagi menghargai sokongan semua pihak yang terlibat khususnya kepada para perserta pameran, penaja  dan Media sepanjang penganjuran KLIMS'18 diadakan.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata  KLIMS menamatkan acara penuh warna-warni dengan 74 syarikat mempamerkan keseluruhan 187 kenderaan. KLIMS'18 juga telah menjadi hab pameran kepada kereta, motosikal, kenderaan komersil dan produk automotif. Selain itu, pengunjung turut dapat menyaksikan kereta konsep, model terkini,  futuristik dan model baharu yang dilancarkan semasa pameran ini.

Beliau menambah , kejayaan KLIMS'18 dicapai hasil sokongan positif daripada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan, ahli-ahli MAA, para perserta pameran, penaja, wakil Media, tetamu kehormat dan para pengunjung, yang mengambil bahagian sepanjang 10 hari acara dianjurkan. M. FAUZI SMNET NEWS.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)