TPM LANCAR BIODIESEL B20 SEKTOR PENGANGKUTAN
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Program Biodiesel B20 Di Sektor Pengangkutan Secara Berfasa Di Seluruh Negara di Dataran Merdeka.
Program Biodiesel B20 (adunan 20% biodiesel sawit dengan 80% diesel petroleum) di sektor pengangkutan akan dilaksanakan secara berfasa bermula di Langkawi dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Januari 2020, seterusnya Sabah dan Sarawak dan fasa terakhir di Semenanjung Malaysia berdasarkan kesediaan naik taraf depoh pengadunan biodiesel dengan kerjasama syarikat-syarikat petroleum.
Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Petronas, Shell, Petron, Chevron dan BHP. 5. Program Biodiesel Negara juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDGs) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Rakyat Malaysia harus berbangga dengan produk biodiesel sawit sendiri yang kini digunakan sebagai sumber tenaga mampan yang boleh diperbaharui dan memberi sumbangan dalam menangani perubahan iklim dunia.
Kredit Gambar : Kementerian Industri Utama