RAKYAT JANGAN KELIRU, PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0










BACHOK: Polis Kelantan meminta rakyat negeri ini supaya tidak keliru dengan operasi prosedur standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang menghadkan aktiviti perniagaan sehingga 8 malam.


Ketua Polis Kelantan, Dato' Shafien Mamat berkata, SOP dikuatkuasa sejak semalam hanya membabitkan operasi perniagaan sahaja termasuk di premis perniagaan manakala farmasi dilanjutkan hingga 10 malam.


Katanya, ramai keliru SOP berkenaan turut membabitkan pergerakan mereka di atas jalan raya jika melebihi 8 malam akan dikenakan kompaun atau melanggar SOP PKP 3.0.


"Isu pergerakan dalam daerah sama tidak timbul, maksudnya pergerakan dalam daerah sama masih boleh seperti biasa, cuma perniagaan sahaja dan farmasi tutup ikut SOP ditetapkan.


"Pergerakan tidak dihadkan (masa pergerakan), cuma kita pegang kepada SOP PKP 3.0, jika tidak ada urusan penting maka kita duduk di rumah," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Lima, petang tadi.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)