190 KES BAHARU POSITIF COVID-19 DIREKOD HARI INI - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kes yang disahkan positif COVID-19 sebelum in telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 42 kes covid-19 telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad.
KKM hari ini memaklumkan sehingga jam 12 tengahari sebanyak 190 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 428 kes. Berdasarkan sisatan awal, kebanyakan kes-kes baru ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Sehingga kini, seramai sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan alat pernafasan.
KKM kini penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh masih sedang giat diteruskan, Justeru itu KKM menyeru agar peserta perhimpunan tabligh supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan dibawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana terkemudian. PUI yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke dalam hospital, mereka juga perlu diletakka di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian mengikuti ketentuan di bawah akta yang sama.
Sehubungan itu, Dr Adham berkata, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah kini sedang menjejak jemaah tabligh dan individu-individu yang disyaki COVID-19, secara aktif bagi mengekang penularan wabak ini.
Ekoran itu, beliau berharap orang ramai tidak menular atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh mencetus panik atau kebimbangan orang awam. MD FAUZI MZ (SMNET)