AMARAN KATEGORI PERTAMA AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Barat Sabah dan Timur Sabah pada Rabu, 21 November 2018 sehingga Sabtu, 24 November 2018.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Labuan, Palawan dan Sulu pada Rabu, 21 November 2018 sehingga Sabtu, 24 November 2018.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.