HSK HIMPUN RIBUAN PESERTA TERMASUK 40 DELEGASI DARIPADA 17 NEGARA


KOTA BHARU: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan dan YABhg. Datin Bentara Kanan hadir merasmikan *Hari Saidatina Khadijah (HSK)* 2019 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Program yang bermula 23-27 Jun 2019, disertai lebih 40 orang delegasi daripada 17  buah negara.

Kerajaan Kelantan amat berbangga kerana delegasi Antarabangsa amat menghargai dan teruja melihat perlaksanaan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang telah dijadikan Dasar utama oleh Kerajaan Negeri dalam mengurus dan mentadbir Negeri selama 29 tahun. Mereka juga telah bersetuju untuk menjadikan Dasar MBI sebagai antara rujukan utama dalam mewujudkan Islamic Development Goals (IDG) bagi digunapakai di peringkat Antarabangsa.

Dalam ucapannya YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan berkata “ Penganjuran Hari Sayyidatina Khadijah 2019 pada kali ini hendaklah menjadi satu medan kepada para ilmuwan dan intelektual untuk bersama-sama merungkai permasalahan, cabaran dan isu semasa melibatkan perihal wanita”

Turut dilancar logo rasmi Hari Sayyidatina Khadijah dan Gagasan Wanita Kelantan (GWK) dan penyampian enam (6) Anugerah Tokoh, (enam) 6 Ikon Wanita Kelantan, Anugerah Khas Wanita Cakna Kebajikan dan Anugerah Tokoh Wanita Antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita (U-KeKWa) dengan kerjasama International Muslim Women Union serta Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan juga agensi-agensi Kerajaan dan swasta berkaitan diatas kejayaan penganjuran pada kali ini.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)