SCANIA MALAYSIA METERAI PERJANJIAN TRAK SCANIA ECOLUTION PERTAMA ASIA


 

KUALA LUMPUR: Scania Malaysia dan Aone Logistics Sdn Bhd menandatangani satu perjanjian trak Scania Ecolution pertama di Asia di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia  2019 (MCVE).



Scania Ecolution adalah kerjasama yang dibuat khusus antara Scania dengan para pelanggan bagi membantu mengurangkan pengunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida (CO2). Ini boleh dicapai melalui pengoptimuman kenderaan dan persetujuan kadar sasaran pengurangan pelepasan bahan api serta karbon dioksda (CO2)`.

 Kemajuan dalam mencapai sasaran ini akan dipantau dengan kerap melalui penilaian serta perbincangan dengan Pengurus Scania Ecolution. Scania Ecolution bertumpu kepada dua aspek iaitu untuk mengurangkan kos operasi yang diterjemahkan bagi menambah baik keuntungan di samping keprihatinan terhadap inisiatif hijau dan alam sekitar.

Majlis  tandatangan telah selamat dimeterai oleh Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara,  Marie Sjodin Enstrom yang menandatangani perkongsian persefahaman dengan Pengarah Urusan Aone Logistics Sdn Bhd, S. Palani, disaksikan oleh Dato' Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Sweden di Malaysia. 

SMNET News

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)