HARI SARAPAN MALAYSIA MILO MERIAH DI KOTA BHARU


KOTA BHARU: Hari Sarapan MILO Malaysia 2019 kembali ke Kota Bharu, pada pagi ini, untuk tahun ketiga berturut-turut membawakan mesej kepentingan sarapan pagi yang berkhasiat sebagai sumber tenaga untuk permulaan menghadapi hari serta gaya hidup aktif kepada 9,000 peserta.

Melepasi titik pertengahan siri jelajah seluruh negara, Kota Bharu merupakan lokasi kelima daripada tujuh kesemuanya, selepas Putrajaya, Pulau Pinang, Batu Pahat dan Kuantan. Kemuncak acara ialah larian 'fun run' 3km, di mana sebahagian daripada dana yang diraih akan disalurkan kepada Food Aid Foundation untuk membantu menyediakan sarapan berkhasiat kepada keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Dalam usaha untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bahagia secara mapan, MILO melangkah setapak lebih jauh dengan memberikan pendedahan kepada para peserta Hari Sarapan MILO Malaysia tentang kepentingan kitar semula serta impak positif amalan itu ke atas alam sekitar.


Hari Sarapan Malaysia MILO selari dengan matlamat kami untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang aktif dan sihat. Tahun ini masuk tahun ketiga kami di Kota Bharu dan kami sangat teruja untuk membezakannya kembali untuk manfaat masyarakat setempat supaya sama-sama dapat mempelajari kepentingan sarapan yang sihat dan seimbang sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari, disamping menggalakkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai aktiviti riadah kata Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle Products Sdn. Bhd.

 Meneruskan usaha memupuk amalan sihat dalam kalangan penguna, MILO bekerjasama dengan Persatuan Dietitian Malaysia  (MDA) dalam kempen Hari Sarapan Malaysia MILO. MDA menawarkan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh  (BMI) serta sesi 'Ask A Dietitian' yang menyediakan perundingan tentang diet serta penyakit yang berkaitan kepada para peserta dalam acara tersebut.

Sementara itu, sesi sarapan kreatif yang menampilkan demonstrasi oleh Chef Muluk turut diadakan untuk berkongsi cara-cara menghias sarapan berkhasiat yang mudah untuk diikuti oleh sesiapa sahaja, termasuklah kanak-kanak.

Hari Sarapan Malaysia MILO seterusnya akan menjelajah Malaysia Timur di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Ogos sebelum melaburkan tirai di Kuching,Sarawak pada 25 Ogos. - MD.Fauzi MZ@SMNET NEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)