KELANTAN SERIUS HADAPI PIALA CABARAN
Bagi Yusri, walaupun kejohanan tersebut dikategorikan kelas kedua namun dia tetap menganggap penting bagi skuad The Red Warriors untuk mengakhiri saingan musim ini dengan kejayaan.
Menurutnya lagi, barisan pemain juga perlu menjadikan Piala Cabaran sebagai batu loncatan terutama daripada segi persediaan menghadapi musim depan selain memberi peluang kepada pihak pengurusan menilai prestasi pasukan sepanjang musim.
“Saya memang berharap Kelantan dapat pergi sejauh mungkin walaupun hanya dibarisi seorang pemain import. Dengan situasi ini, kita tidak boleh beri alasan untuk tidak mampu bersaing atau mara lebih jauh,” katanya.
Kelantan diundi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II serta Sarawak dalam Kumpulan A dan dua pasukan teratas layak ke peringkat separuh akhir.
Kelantan akan bertemu JDT II pada 14 Ogos di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebelum terbang ke Kuching untuk berdepan Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, enam hari kemudian.