FERDINAND SINAGA IMPORT TERBARU KELANTAN

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan(Kelantan FA) menerusi Presiden Bibi Ramjani Ilias Khan dalam satu sidang media disini sebentar tadi berkata pemain import Indonesia Ferdinand Sinaga akan menyarung jersi Kelantan dalam saingan liga musim ini.

Pemain kelahiran Bengkulu Indonesia Ferdinand Sinaga merupakan bekas pemain PSM Makassar yang menamatkan musim 2017 di tempat ketiga dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Sinaga pernah bermain bersama Timnas Indonesia dengan mengumpul 27 cap. Sinaga adalah pemain di bahagian serangan yang agak aggresif dan boleh bermain sebagai penyerang serta pemain sayap.
SMNET News