PEMILIHAN SKUAD UTAMA KIJANG CITY FC JUMAAT INI
Kelab Bola Sepak Kijang City (Kijang City FC) adalah sebuah kelab baharu yang berdaftar di Kelantan. Walaupun baharu dan masih kecil, mereka memiliki cita-cita yang tinggi dan serius dalam penglibatan dalam arena bola sepak tanah air.
Kijang City FC sekarang sedang menyusun pasukan untuk menyertai Liga Div5 (M5) 2018 yang dijangka akan berlangsung Mac ini. Oleh itu, bagi melengkapkan pasukan mereka mengambil keputusan untuk mengadakan sesi pemilihan pasukan utama Kijang City FC.
Berikut merupakan butiran sesi pemilihan pasukan utama Kijang City FC :
Tarikh : 5/1/2018
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi (sesi pagi), 3.30 petang (sesi petang)
Tempat : Padang SMK Ahmad Maher, Kota Bharu
Syarat umur : 17 – 21 Tahun
Sehubungan dengan itu, Kijang City FC menjemput kepada yang berminat untuk turut serta pada sesi pemilihan ini.
Untuk pendaftaran awal boleh whatsapp nama penuh, nombor telefon, posisi, asalkepada urusetia kelab, 014-8040093 (Mohd Izzat) untuk pengesahan pendaftaran awal.