KELANTAN TERIKAT TANPA JARINGAN DENGAN PKNP FC


KOTA BHARU: Kelantan terikat 0 - 0 tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan menentang PKNP FC malam tadi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Dalam perlawanan persahabatan pembuka tirai musim 2018 semalam Kelantan membariskan pemain import baru dalam skuad pantai timur  untuk saingan musim ini.

Pada awal pemainan pemain import Kelantan, Ferdinand Sinaga dari Indonesia nyaris menjaringkan gol pertama tapi berjaya dinafikan penjaga gol lawan.

Pasukan pelawat berpeluang menjaringkan gol dalam minit ke-8 menerusi tandukan pemain import dari Jepun dan seorang lagi pemain import PKNP FC tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan Kelantan.

Hampir keseluruhan perlawanan malam tadi hampir dikuasi oleh pasukan pelawat dan ini memaksa jurulatih Kelantan melakukan pertukaran pemain untuk digantikan dengan import Bruno Da Silva Lopes.

Kelantan berpeluang menjaringkan gol melalui pemain import Korea Selatan, Do Dong dan kemudiannya oleh Ferdinand Sinaga namun cubaan tersasar dari pintu gol PKNP FC.

Dalam separuh masa kedua pasukan Kelantan dan PKNP FC mengubah corak perlawanan  dengan bertahan serta sesekali melakukan serangan balas.Perlawanan semalam berkesudahan dengan seri tampa jaringan

Mohamad Fauzi MZ
SMNET News


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)