Tragedi 3 Beradik Kemalangan Malam Tahun Baru
31 DISEMBER 2017 | AHAD | CHICHA - Kasih seorang abang sulung yang masih lagi tak sedarkan diri akibat kemalangan di Chicha Kubang Kerian, beliau dalam keadaan kritikal dan terdapat pendarahan di kepala. Muhammad Hakimi bin Muhammad Ramli (25 thn) yang baru balik dari Mesir malam semalam membawa adik-adiknya mengajar di madrasah berdekatan dan selepas itu ingin membawa adik-adiknya membeli peralatan persekolahan yang akan bermula esok.
YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi ; ADUN Demit merangkap EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan kepada ibu mangsa Siti Fatimah binti Haji Yusof (53Thn) ketika menziarahi keluarga mangsa.
Fitri Aziz bin Mohd Ramli (Ting 1) dan Hamdan Syakirin bin Mohd Ramli (Ting 5) meninggal dunia ditempat kejadian. Ustazah Siti Fatimah ibu kepada mangsa merupakan tenaga pengajar di MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN sangat tabah menghadapi dugaan yang besar ini.
Semoga Allah merahmati dan permudahkan segala urusan.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Sumber Page FB Mumtaz Md Nawi Official