KLIMS 2018 JANGKA KEHADIRAN 300 RIBU PELAWAT
Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIMS 2018 dijangka menarik kehadiran 350 ribu pengunjung selama 10 hari penganjurannya. Diadakan bermula 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), KLIMS 2018 bakal menghimpunkan 100 pempamer termasuk pengedar kenderaan, pembekal aksesori dan penyedia perkhidmatan automotif.