POLIS KELANTAN RAMPAS LEBIH 1 JUTA PIL KUDA
KOTA BHARU- Polis Kontinjen Kelantan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas telah berjaya menangkap seorang lelaki melayu tempatan kerana memiliki sejumlah dadah pil Yaba/Kuda sebanyak 1,182,000 biji pil disiasat di bawah Sekyen 39B ADB 1952.
Bercakap semasa Siaran Media kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan DCP Dato' Hasanuddin Hassan, Ketua Polis Kelantan berkata pada 20/09/2018 jam lebih kurang 0115 pagi satu serbuan telah dilakukan di Kampung Banggol Stol Alor Pasir, Pasir Mas Kelantan. Hasil pemeriksaan dalam rumah telah menjumpai lima bungkusan guni bertulisan Thai yang mengandungi bungkusan kekuningan yang berisi pil-pil disyaki dadah pil Yaba/Kuda sebanyak 197 bungkusan.
Anggaran nilai pasaran semasa dadah yang dirampas adalah sebanyak RM23,640,000.00 dan telah menyita sebuah motokar perodua kancil anggaran RM5,000.00 serta sebuah television jenama singer 42 inci anggaran RM800.00.
Hasil siasatan awal lelaki tempatan bekerja sebagai pemandu lori yang ditangkap merupakan penjaga stor bekalan dadah dan aktif mengedar dadah sejak bulan 8/2017 disekitar kawasan Rantau Panjang dan Kota Bharu Kelantan.
Ketua Polis Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah berkerjasama dengan pihak Polis memberi maklumat kegiatan dadah ini sehingga PDRM Kelantan berjaya menumpaskan sindikit pengedaran dadah yang paling terbesar dalam tahun 2018. Rampasan dadah ini telah dapat menyekat bekalan dadah diedarkan kepada satu juta penagih dadah.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan