PUSPAKOM BERJAYA MEMENDEKKAN MASA PEMERIKSAAN
Pelanggan yang mengalami asalah lambat dan memakan masa pemeriksaan sekarang bukan masalah setelah PUSPAKOM berjaya memendekkan masa pemeriksaan dari 4 jam kepada kurang dari 60 minit menerusi revolusi teknologi dan peningkatan kakitangan baru.
Selain penambahbaikan fasiliti Pusat Pemeriksaan Kenderaan dan menawarkan kemudahan seperti Perkhidmatan Bergerak, kami turut menambah bilangan kakitangan bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan khususnya dalam melancarkan proses pemeriksaan kenderaan dan masa menunggu pelanggan.