BAJET 2022 - KERAJAAN TAMBAH RM 4 BILION KHUSUS MENANGANI COVID-19

 


KUALA LUMPUR, - Kerajaan Malaysia tambahan RM 4 bilion disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19 merangkumi RM 2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

Baki RM 2 bilion lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.

Bagi Bajet 2022, Kerajaan  menyediakan RM 32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, peningkatan sebanyak 1.5% berbanding tahun lalu (RM 31.9 bilion).

Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.

Dalam Bajet 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10 ribu pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai persediaan pengajian kepakaran mereka.

Bajet 2020 juga memperuntukkan RM 70 juta bagi memastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan, antaranya untuk memperkukuh perkhidmatan sokongan, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi serta memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental.

#KeluargaMalaysia
#Bajet2022


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)