KERAJAAN KELANTAN SUMBANG VENTILATOR KEPADA HUSM

 


KOTA BHARU, - Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan dua mesin ventilator  kepada Penyelaras Strategi Penjanaan Hospital Universiti Sains Malaysia (Unit Pembangunan Korporat), Dr Mohamad Ibariyah Iberahim, semalam.

Dr Ibariyah yang juga Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Kampus USM (KESUKAS) berterima kasih kepada Dato' Ahmad dan Kerajaan Kelantan atas sumbangan alat bantuan pernafasan  yang berperanan besar dalam membantu pesakit COVID-19.

"Mesin ventilasi canggih, mudah alih dan mesra pengguna ini bertindak sebagai alat penapis kuman dan bakteria yang menjimatkan kos penyelenggaraan kerana boleh digunakan berulang kali.

Kelebihannya juga mampu memberi  oksigen ke dalam paru-paru khususnya pesakit COVID-19 tanpa perlu pesakit itu ditidurkan terlebih dahulu.

Ventilator berharga RM129 ribu ini juga berkalibrasi secara automatik dan dilengkapi tangki oksigen yang mudah digunakan pelbagai kategori pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)" katanya selepas majlis penerimaan di pejabat Menteri Besar.

Turut hadir, Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan, YB Ahmad Fathan Mahmood.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)