BELANJAWAN KELANTAN AKAN DIBENTANG PADA 2 DISEMBER

 


KOTA BHARU, - Belanjawan Kelantan 2022 akan dibentang pada 2 Disember dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. 

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri YB Dato’ Abdullah Ya’kub, pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan telah mendapat persetujuan baginda agar kembali bersidang. 

“Setelah mendapat perkenan Tuanku, sidang DUN nanti dijangka akan berlangsung selama tiga hari bermula 5,6 dan 7 Disember bagi tujuan membahaskan belanjawan 2022 yang dijangka akan dibentang pada 2 Disember” katanya di pejabat Kompleks Kota Darulnaim, semalam. 

Sebelum ini, sidang DUN Kelantan telah diadakan secara bersemuka pada 23 sehingga 25 Ogos lalu. Sementara itu, mengulas lanjut berkaitan tarikh perbentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 bagi siri 2 peringkat negeri, beliau berkata ia nya belum diputuskan dan perlu mendapat kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sebelum dibentangkannya nanti.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)