KERAJAAN KELANTAN HARGAI KHIDMAT CEMERLANG PENJAWAT AWAM


KOTA BHARU – Terima kasih dan syabas kepada 170 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 atas perkhidmatan terbaik dalam melancarkan urus tadbir Negeri dan Kerajaan demi kepentingan rakyat. 

Demikian ucapan Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dalam perasmian Majlis APC 2020 di Dewan Teratai.

Menurut Dato' Ahmad, kualiti kerja bukan hanya diukur melalui pengurangan kos, peningkatan produktiviti dan peratus pulangan. Bahkan perlu seiring dengan kerja yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab. 

“Anggota perkhidmatan awam perlu sedar dan memahami setiap kerja kita dinilai melalui persoalan dosa dan pahala, halal dan haram, keberkatan gaji yang diterima, menjadi kayu ukur utama dalam melaksanakan tuntutan kerja kita seharian,” katanya, semalam.

Tambahnya, ketua jabatan harus peka untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan apabila ada salah laku di pejabat. Konsep Ubudiyah, Masuliyah dan Itqan (UMI) mampu memberi kefahaman kepada semua kakitangan seterusnya meningkatkan imej negeri Kelantan. 

Dalam majlis sama, Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN), YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood mewakili warga UPKN,  Saffuan Hamzah, 50, selaku penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi peringkat Urus Setia Negeri. 

Hadir sama, Dato’ Kaya Setia, Nazran Muhammad, Penasihat Udang-undang Kerajaan Negeri, Idham Abdul Ghani, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Ahmad Robert Abd Rahim, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kenamaan lain.

UKPN

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)