BIODIESEL DARI MINYAK MASAK KITAR SEMULA
KOTA BHARU - Sekolah Menengah Kubang Kerian (SMKK) dipilih menjadi sekolah contoh dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) FatHopes Energy bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula.
Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesedaran masyarakat penting terhadap kebaikan kitar semula minyak masak terpakai untuk menjayakan aspirasi negara demi mencapai pelepasan sifar gas rumah kaca global selain menjaga kebersihan saliran dan juga sumber air negara.
“Jalinan kerjasama antara Syarikat FatHopes Energy diwujudkan dalam projek eko-komuniti menerusi pengurusan sisa minyak masak untuk dijadikan biodiesel, sekali gus pendekatan low emissions pathway serta pengurangan pencemaran ini akan dapat dicapai,” katanya selepas merasmikan pelancaran projek eko-komuniti secara atas talian, semalam.
Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernei Fauzi, Pengetua SMK Kubang Kerian, Khairani Sabtu dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy Sdn Bhd, Vinesh Sinha.
SMKK ialah institusi pendidikan pertama dipilih bagi menggerakkan kelestarian serta kebersihan alam sekitar.