DUA KLUSTER BAHARU DIISYTIHAR PADA HARI INI MELIBATKAN NEGERI KELANTAN

1) KLUSTER MANIK

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-632 Kelantan) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 168 individu telah disaring (145 individu di Kuala Krai) di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini (16 kes di daerah Kuala Krai).

2) KLUSTER PALOH TUMPAT

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-747) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Laporan kes positif Kluster COVID-19 di Kelantan sehingga 3 Januari 2021, 12.00 p.m.

- Kluster Manik yang melibatkan daerah Kuala Krai dengan pertambahan 5 kes menjadikan jumlah kumulatif adalah 16 kes.

- Kluster Paloh Tumpat yang melibatkan daerah Tumpat dengan pertambahan 13 kes menjadikan jumlah kumulatif adalah 15 kes.

Terdapat pertambahan bilangan kes di Kluster Sedia Ada

- 1 Kes di Kluster Belukar

- 1 Kes di Kluster Halban

- 2 Kes di Kluster Pintu Geng

- 3 Kes di Kluster Seragam Chepa

 Kluster Aktif : 12 KLUSTER

#kitajagakita

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)