SATU KLUSTER BAHARU DI KELANTAN IAITU KLUSTER BELUKAR


Kluster ini melibatkan daerah Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-567) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi.

Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Laporan kes positif Kluster COVID-19 di Kelantan sehingga 2 Januari 2021, 12.00 p.m.

Kluster Belukar yang melibatkan daerah Machang dengan pertambahan 7 kes menjadikan jumlah kumulatif adalah 17 kes.

Terdapat pertambahan bilangan kes di Kluster Sedia Ada

6 Kes di Kluster Halban

3 Kes di Kluster Pintu Geng

1 Kes di Kluster Seragam Chepa

Jumlah Kluster Aktif : 10 KLUSTER

#kitajagakita #klusterbelukar

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)