ENAM NEGERI DILETAKAN DIBAWAH PKP
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa jam 12:01 Rabu ini, pergerakan rentas negeri di seluruh negara adalah tidak dibenarkan sama sekali dan negeri yang dikenakan PKP rentas dearah juga tidak dibenarkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi negeri di bawah PKPP, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada SOP yang ketat. Oleh itu operasi sekatan jalan raya oleh pasukan Keselamatan akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021dan negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad dalam jarak10 kilometer saha
Perdana Menteri berkata, enam negeri yang dikategorikan sebagai negeri PKP ialah Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan) Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah.
Enam negeri yang dikategorikan sebagai PKPB pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan, manakala dua negeri di bawah kategori PKPP ialah Perlis dan Sarawak.