SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 7 JANUARI 2021
Pada hari ini, sebanyak 66 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 56 kes tempatan dan 10 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 1,085 kes.
TIADA Kes Kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan kumulatif kematian COVID-19 di Kelantan ialah SEMBILAN (9) kes.
TABURAN KES COVID-19 DI NEGERI KELANTAN MENGIKUT DAERAH
18 kes baharu di Daerah Bachok
12 kes baharu di Daerah Kota Bharu
10 kes baharu di Daerah Tumpat
8 kes baharu di Daerah Pasir Puteh
7 kes baharu di Daerah Machang
4 kes baharu di Daerah Tanah Merah
3 kes baharu di Daerah Kuala Krai
3 kes baharu di Daerah Pasir Mas
1 kes baharu di Daerah Gua Musang
RINGKASAN KES-KES BAHARU :
45 Kes Kontak Rapat Kes Positif
7 Kes Kontak Rapat Kluster Paloh Tumpat
4 kes Saringan Berisiko dari Zon Merah
3 Kes Kontak Rapat Kluster Belukar
2 Kes Saringan Survelan (Klinikal COVID-19)
2 Kes Saringan Survelan (ILI)
1 Kes Kontak Rapat Kluster Pintu Geng
1 Kes Kontak Rapat Kluster Halban
1 kes Saringan Petugas Kesihatan