INTIPATI PENGUMUMAN KHAS DARURAT OLEH PERDANA MENTERI

Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius. 

Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.

Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan. 

Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat. 

Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam. 

Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP. 

Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran 

Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.

PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya.

Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah COVID-19.

Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.

Ordinan perangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang secara keterlaluan boleh dimasyurkan oleh Agong. 

Darurat: Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa perundangan negeri kecuali hukum syarak, undang-undang atau adat negeri di Sabah, Sarawak. 

Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani COVID-19  dan urus ekonomi negara - PM

SUMBER: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA





Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)