SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI KELANTAN PADA 2 JANUARI 2021
Pada hari ini, sebanyak 26 kes baharu COVID-19 direkodkan di Negeri Kelantan iaitu 25 kes tempatan dan 1 kes Import B. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Kelantan ialah sebanyak 837 kes.
SATU (1) Kluster baharu diisytiharkan pada hari ini iaitu KLUSTER BELUKAR.
SATU(1) Kes Kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan kumulatif kematian COVID-19 di Kelantan ialah SEMBILAN (9) kes. JKNK mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Ringkasan Kes Baharu mengikut Daerah:
14 kes baharu di Daerah Kota Bharu
7 kes baharu di Daerah Machang
2 kes baharu di Daerah Tumpat
1 kes baharu di Daerah Pasir Mas
1 kes baharu di Daerah Tanah Merah
1 kes baharu di Daerah Pasir Puteh
TABURAN KES COVID-19 DI NEGERI KELANTAN
Perincian kes-kes positif baharu adalah seperti di Infografik yang dilampirkan.
RINGKASAN KES-KES BAHARU :
7 Kes Kontak Rapat Kluster Belukar (Kluster Baharu)
6 Kes Kontak Rapat Kluster Halban
6 Kes Kontak Rapat Kes Positif
3 Kes Kontak Rapat Kluster Pintu Geng
1 Kes Kontak Rapat Kluster Seragam Chepa
1 kes Saringan Survelan SARI
1 Kes Saringan Survelan ILI
1 Kes Saringan Petugas Kesihatan