949 Rumah Nelayan Dibaik Pulih

 


BACHOK, - Kelantan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan menerima peruntukan RM8.816 juta untuk melaksanakan Projek Khas Perumahan Nelayan LKIM merangkumi tiga program iaitu bina baharu, baik pulih dan penempatan semula nelayan (PSN). 

Nilai bantuan maksimum kepada nelayan bagi program melibatkan 949 buah rumah tersebut ialah RM13 ribu untuk menampung kos baik pulih manakala RM56 ribu bagi bina baharu.

YB Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), YB Dr Nik Zawawi Nik Salleh menyatakan hal itu ketika merasmikan majlis penyerahan bantuan baik pulih rumah kepada tiga nelayan kawasan Bachok bernilai RM39 ribu di Kompleks Masjid Daruttarbiah Kampung Wakaf Zin Bachok, semalam. 

Beliau juga memaklumkan 397 nelayan di Bachok  menerima bantuan Elaun Sara Hidup dan seterusnya menyampaikan sumbangan bakul makanan MAFI Prihatin kepada 200 orang meliputi masyarakat nelayan dan warga tani di Bachok.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)