Sukarelawan Kelantan Junjung Kasih Atas Kunjungan Pemangku Raja Pahang

 


BENTONG,  – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Guchil, YB Helmi Abdullah menjunjung kasih atas kunjung hormat Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudi mencemar duli turun ke lokasi bencana dan beramah mesra dengan sukarelawan Khidmat Malaysia dari Kelantan yang menjalankan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pahang, semalam.


YB Helmi mengakui segala kepenatan, cabaran dan kesusahan yang ditanggungnya dan rakan-rakan sukarelawan sepanjang misi kemanusian membantu mangsa banjir di Kuala Krai sepanjang minggu lepas, di Selangor pada 24 Disember dan di Pahang pada 25 Disember terubat dan berasa amat dihargai apabila menerima kunjungan hormat tersebut.


Tengku Hassanal turun meninjau dan melawat mangsa bencana di Kampung Teroh, Karak, lokasi kakitangan Pusat Khidmat ADUN Guchil ditugaskan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob  untuk memberi khidmat dan bantuan kemanusiaan pasca banjir.

“Beta ucapkan terima kasih kepada semua ‘tentera berbaju hijau",  YB Helmi dan Kerajaan Kelantan turun bantu Pahang”, titah baginda.  


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)