Wan Hashim Nekad Cipta Rekod Kayuhan Solo Ke-7

 


KOTA BHARU, - Wan Hashim Wan Mahmood, 75, pengayuh basikal solo warga emas nekad mencipta rekod kali ketujuh dengan ekspedisi merentas Semenanjung Malaysia sejauh 2,300 kilometer.  

Destinasi laluannya bermula dari Kota Bharu-Jerteh-Kuala Terengganu-Paka-Kuantan-Nenasi-Endau-Felcra Sungai Area-Johor Bahru-Pontian Kecil-Batu Pahat-MelakaSeremban-Kuala Lumpur-Tanjung Malim-Tapah-Ipoh-Taiping-Penang-Alor Setar-Langkawi-Alor SetarKupang-Grik-Puncak Titiwangsa-Rantau Panjang-Kota Bharu.  

Wan Hashim atau mesra dipanggil Pak Wan akan berbasikal selama 30 hari dan dijangka tiba semula ke Kota Bharu pada 30 Disember 2021. 

“Kayuhan kali ini agak mencabar dengan faktor usia 75 tahun. Berhadapan dengan hujan, jalan licin sebab musim tengkujuh. Ditambah pula situasi semasa negara dalam peralihan daripada pandemik ke endemik.  Perlu kekal mematuhi SOP terutamanya apabila tiba di beberapa destinasi bertemu dengan komuniti setempat, orang ramai serta kenamaan,” katanya ketika ditemui semasa perasmian majlis Gateh Solo Warga Emas oleh Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat, di perkarangan Mabna, hari ini.

YB Wan Roslan memuji semangat dan inisiatif Pak Wan yang mampu mengayuh basikal mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Beliau berharap semangat yang bermula dengan minat berjaya menjadi misi memperkenalkan negeri Kelantan dengan siri kayuhan sejak 2014 hingga tahun lepas ketika negara dan seluruh dunia berada dalam situasi pandemik COVID 19, menjadi ikutan anak muda.

“Inilah buktinya, iltizam yang kuat pasti menghasilkan kejayaan kerana “man jadda wa jada” (siapa yang berusaha, dia berjaya),” pesan YB Wan Roslan. Turut hadir, Pengarah Belia dan Sukan Kelantan, Laila Nazura Nawi.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)