Pusat Rekreasi Jeram Mengaji Kian Aktif
PASIR PUTEH, - Program Hiking Jeram Mengaji dan Cintai Alam Sekitar anjuran NGO KEMAH dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mendapat sambutan meriah dengan penyertaan 160 anak muda dari seluruh Kelantan.
Majlis dirasmikan ADUN Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Mohd Tuan Saripudin Tuan Ismail.
YB Wan Hassan berkata, hasrat pemimpin kerajaan negeri supaya anak muda sentiasa terlibat dengan pelbagai aktiviti sihat termasuk hiking dan kerajaan juga sentiasa memikirkan kemudahan terbaik untuk keselesaan rakyat berekreasi.
Tambahnya, Jeram Mengaji kini mula dikenali sebagai destinasi pelancongan di Kelantan yang mesti dikunjungi.
- UPKN