Delegasi WHO Lawat Malaysia
SEPANG, - Lawatan Kerja Dr. Takeshi Kasai, Pengarah Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region) bersama delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia mulai 5 - 8 Disember 2021. Tan Sri Dato' Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan telah menyambut ketibaan beliau dan rombongan dari WHO di KLIA.
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu khusus dan bidang keutamaan yang menjadi fokus Kementerian ini dalam sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meningkatkan potensi kerjasama dan kolaborasi yang dapat dijalin antara Malaysia dan WHO.
Dr. Takeshi Kasai juga akan mengadakan perbincangan bersama YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Ketua Setiausaha KKM, Ketua Pengarah Kesihatan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan Pengarah Kawalan Penyakit dalam satu mesyuarat pada hari kedua lawatan kerja.
Dr. Takeshi Kasai dan rombongan dari WHO turut mengadakan lawatan ke CPRC, Community Mental Health Centre (MENTARI), Klinik Kesihatan Precint 18, Hospital Selayang Cataract Centre (MAIWP), CAC Bandar Tun Razak KL, Hospital Orang Asli, Gombak dan PPV Orang Asli Gombak sepanjang lawatan selama 4 hari ke Malaysia.
- SMNETNEWS