PROGRAM AGROPRENEUR MUDA GALAKKAN BELIA BERTANI

 


PASIR PUTEH, - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI),  YB Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi  Salleh berkata, MAFI sentiasa memberikan fokus khusus kepada golongan muda melalui Program Agropreneur Muda, baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan belia berumur 18 hingga 40 tahun menceburi bidang pertanian merentasi semua sub-sektor agromakanan.

"Sehingga kini, kementerian telah berjaya membantu 7,528 agropreneur muda melalui kelulusan Geran dan Pembiayaan Agropreneur Muda sejak tahun 2016 bernilai RM134.29 juta.

"Saya menyeru anak  muda supaya rajin-rajin menjenguk peluang perniagaan yang ada kerana sunnah Rasulullah SAW pada usia muda, telah pun menceburi bidang perniagaan. Saya doakan semua para peniaga diberi anugerah rezeki yang melimpah-ruah," ujarnya.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)