KL City FC Juara Piala Malaysia 2021

 


BUKIT JALIL, - Kuala Lumpur  City FC mengalahkan JDT 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

KL City FC berada di depan pada minit ke-66 melalui gol pertama jaringan Zhafri Yahya sebelum mengukuhkan lagi kedudukan tendangan Paulo Josue lapan minit kemudian.

Kemenangan itu menamatkan penantian 32 tahun untuk memenangi Piala Malaysia yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.

Kejayaan skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali gus menamatkan kemarau panjang skuad ibu kota yang terpaksa menunggu selama 32 tahun untuk menjuarai trofi tersebut.

Kali terakhir Kuala Lumpur mengungguli piala paling berprestij di Malaysia itu ialah pada 1989.

Berdasarkan statistik perlawanan, JDT sebenarnya lebih mendominasi perlawanan dengan menguasai bola jauh lebih banyak berbanding KL City.

KL City mara ke perlawanan akhir malam ini selepas mengatasi Melaka United 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada pusingan separuh akhir pada 26 Nov lalu.

JDT yang juga juara Piala Malaysia edisi 2020 pula melangkah ke perlawanan akhir dengan mentetepikan cabaran Terengganu FC 4-1 secara agregat pada hari yang sama.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)