PERINTIS USAHAWAN TANI IR4.0 MANFAATKAN DRON


 BACHOK – Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) menganjurkan kursus lima hari kepada belia dan usahawan tani bertujuan mewujudkan perintis Usahawan tani Revolusi ke-4 (IR 4.0) berdasarkan keperluan teknologi moden dan automasi.

Program tersebut berjaya melahirkan 15 peserta  bertauliah ‘Agriculture Pilot Drone (APD)’ yang menguasai ilmu dan kemahiran pertanian moden dan berteknologi tinggi sekali gus menjadi pemangkin kerjaya pada masa akan datang.

Exco Pertanian negeri, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata kepentingan dron dalam pertanian terutamanya penanaman padi kerana fungsinya yang boleh melaksanakan kerja berkonsepkan pertanian pintar (Smart Farming) dan pertanian Tepat (Precision Farming).

“Kursus ini meliputi pengetahuan tentang kategori dron, undang-undang berkaitan penerbangan, keselamatan pengendalian dan sekeliling, penyelenggaraan dron serta amali kemahiran pengendalian dron dalam industrian pertanian terutama tanaman padi.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan hasil pendapatan petani disamping membuka peluang pekerja kepada golongan belia-belia dalam sektor pertanian moden”, katanya dalam majlis perasmian penutup di Pusat Latihan Pertanian Al-Falah, Kompleks Pertanian Bersepadu KPKP, Tawang.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)