KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN, 30 NOVEMBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,112 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 54,759 kes (83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 30 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu yang lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,212 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 65,697 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat sembilan (9) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,203 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 402 kes (33.2 peratus), di mana 308 kes (76.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.  Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 326 kes (26.9 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 141 kes (11.6 peratus). 

Sebanyak 101 kes (8.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (65 kes), Kluster Tembok (23 kes), Kluster PTS Tawau (8 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian 1,212 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 402 kes 
    • 213 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lapan dan Kluster Batu Sembilan;
    • 95 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 326 kes 
    • 111 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 146 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 141 kes
    • 125 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 119 kes  
    • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Lapan;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 60 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 54 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nibong;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 43 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 31 kes
    • 24 kesdaripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 30 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Dua (2) kes daripada  lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)