LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER SABARU
Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-33940) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan komuniti di kawasan setempat telah mengesan sebanyak 87 lagi kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Sepagaya.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,627 individu telah disaring, di mana:
- 88 kes dikesan positif COVID-19 (70 kes baharu);
- 22 individu dikesan negatif; dan
- 1,517 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER TOMHER
Kluster baharu ini melibatkan daerah Ranau di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini merupakan pekerja buruh binaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi sejak 9 November 2020. Kesemua kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Ranau.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 276 individu telah disaring, di mana:
- 20 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu);
- Enam (6) individu dikesan negatif; dan
- 250 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER GARDEN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-38689) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
- 24 individu dikesan negatif.
- KLUSTER PUTRA-18
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta daerah Petaling dan Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48520) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
- 45 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER MURNI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-46773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
- Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
- Dua (2) individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER SERI PASIR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47348) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
- 13 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER BESI DEMAK
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47382) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana:
- Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- 220 individu dikesan negatif; dan
- 12 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER PARIT KASSAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tangkak, Johor dan daerah Melaka Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47391) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
- 70 individu dikesan negatif; dan
- 24 individu masih menunggu keputusan.