LAPAN KEMATIAN BAHARU COVID-19 HARI INI
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 294 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
287 | 39867 | Sabah | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit jantung |
288 | 38805 | Sabah | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Duchess of Kent | Strok |
289 | 38736 | Sabah | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Tawau | – |
290 | 31272 | Sabah | Lelaki (WN) | 1 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit jantung berlubang, Sindrom Down dan Hipotiroidisme |
291 | 28633 | Wilayah Persekutuan Labuan | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Labuan | Penyakit darah tinggi |
292 | 37623 | Sabah | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Tuaran | Penyakit darah tinggi dan katarak |
293 | 39870 | Sabah | Perempuan (BWN) | 55 | Hospital Queen Elizabeth | – |
294 | 39868 | Sabah | Perempuan (BWN) | 65 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit darah tinggi |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.