MAKLUMAT BERTERUSAN ELAK STIGMA TERHADAP PESAKIT COVID19
Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan maklumat secara berterusan kepada masyarakat bagi mengatasi stigma terhadap pesakit atau bekas pesakit COVID-19 dan keluarga yang boleh menggugat kesejahteraan emosi mereka.
Antara usaha yang dijalankan ialah slot penerangan di televisyen, radio serta video tentang maklumat penyebaran virus COVID-19 dan risiko jangkitan bagi pesakit COVID-19 yang telah sembuh - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba
Penerangan ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman bahawa risiko jangkitan rendah bagi mengelak stigma terhadap pesakit dan keluarga.
KKM juga mengedarkan infografik secara maya melalui portal serta Facebook KKM agar masyarakat sedar dan cakna bahawa stigma boleh memudaratkan emosi seseorang yang berkaitan.
Selain itu pelaksanaan perkhidmatan Bantuan Talian Sokongan Psikososial KKM yang dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan dan pendidikan kepada pemanggil yang rata-ratanya memerlukan sokongan emosi akibat kebimbangan jangkitan COVID-19 melalui ahli keluarga atau individu rapat yang telah disahkan positif.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA