KENYATAAN AKHBAR KKM, 29 NOVEMBER 2020

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,333 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 52,647 kes (81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 29 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu yang lebih rendah berbanding bilangan kes sembuh iaitu sebanyak 1,309 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 64,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,481 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 493 kes (37.7 peratus), di mana 473 kes (95.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster di tempat kerja (tapak-tapak pembinaan). Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor sebanyak 238 kes (18.2 peratus).

Sebanyak 75 kes (5.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (38 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes), Kluster PTS Tawau (4 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Perincian 1,309 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 493 kes  
    • 473 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 291 kes 
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Lima;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 238 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 77 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 52 kes
    • 50 kesdaripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 46 kes 
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 37 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 32 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)