SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN PKPP PADA 27 NOVEMBER 2020
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 27 Nov 2020
1.Task Force Operasi Pematuhan
2,907 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,668 anggota telah melakukan 54,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
Sebanyak 3,713 pasar raya, 4,943 restoran, 1,308 kilang, 1,456 pasar awam/tani, 3,174 tempat ibadah serta 1,367 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 308 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 290 individu telah dikenakan kompaun manakala 18 direman.
2. Kawalan Sempadan Negara
Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 40 PATI
275 SJR Op Benteng dilaksanakan diseluruh negara melibatkan pecahan seperti berikut:
Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 209 SJR
Op Benteng PDRM - 57 SJR
Op Benteng AKSEM - 9 SJR
3. Operasi Sanitasi Awam
KPKT telah melakukan 11,957 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.
Semalam, 49 operasi telah dilaksanakan di 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan
Operasi ini melibatkan 258 anggota dan 48 jentera JBPM, 117 anggota PBT serta 93 agensi lain
4.Kuarantin Wajib
Seramai 75,993 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Semalam, seramai 461 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.
5. Penamatan PKPB di Daerah Kuching
Sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPB di Daerah Kuching, Sarawak pada 27 November 2020
6. PKPB Tongkah Pecah, Batu Pahat, Johor
Sidang khas bersetuju laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor bermula 29 November 2020 sehingga 13 Disember 2020.
PKPB ini akan melibatkan seramai 16,300 penduduk di kawasan-kawasan seperti berikut:
Bandar Putera Indah
Lorong 7 hingga 10
Batu 7
Kampung Mohd Nor
7.Pelanjutan Waktu Operasi Pasar Harian di kawasan PKPB
Sidang Khas bersetuju untuk melanjutkan operasi pasar harian bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dengan pengawasan pihak RELA berkuatkuasa 28 November 2020
SUMBER: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA