KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN, 28 NOVEMBER 2020

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,110 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  51,314 kes (81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 28 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,315 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 63,176 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,508 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,310 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 191 kes (14.5 peratus).

Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes),  Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Perincian 1,315 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 476 kes 
    • 259 kes daripada kluster-kluster, termasuk 167 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster PTS SibugaKluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk;
    • 147 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 266 kes 
    • 177 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9)  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster UD SS2;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 191 kes  
    • 176 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Awan Baru;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 167 kes
    • 151 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes 
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 46 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 41 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 18 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 16 kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sehingga kini, terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)