SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN PKPP, 25 NOV 2020

 

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 25 Nov 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan

2,889 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,319 anggota telah melakukan 59,394 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP

Sebanyak 3,492 pasar raya, 4,978 restoran, 1,380 kilang, 1,708 pasar awam/tani, 2,874 tempat ibadah serta 1,361 tempat riadah telah diperiksa.

Semalam, PDRM juga telah menahan 312 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikenakan kompaun.


2. Kawalan Sempadan Negara

Seramai 8,760 PATI, 798 tekong dan 360 penyeludup telah berjaya ditahan melalui Op Benteng.

Semalam, Op Benteng berjaya menahan 36 PATI, 1 tekong serta merampas 5 kenderaan darat dan 1 bot/kapal.

Sebanyak 261 SJR Op Benteng dilaksanakan diseluruh negara yang melibatkan pecahan seperti berikut:

Op Penawar (melibatkan PDRM, ATM dan RELA) - 214 SJR

Op Benteng PDRM - 57 SJR

AKSEM – 9 SJR


3. Operasi Sanitasi Awam

KPKT telah melakukan 11,873 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.

Semalam, sebanyak 51 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 13 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan

Ops melibatkan 336 anggota dan 61 jentera JBPM, 112 anggota PBT serta 44 agensi lain


4.Kuarantin Wajib

Seramai 74,066 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Semalam, seramai 409 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib


5. Penamatan PKPD Kg. Pengaraban, Kg. Tg. Kapor dan Kg. Landung Ayang, Kudat

Sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kg. Pengaraban, Kg. Tg. Kapor dan Kg. Landung Ayang, Kudat, Sabah pada 26 November 2020


6. PKPD Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah

Sidang Khas bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah mulai 27 November 2020 sehingga 10 Disember 2020


7. PKPD di Taman-Taman Perumahan di Mukim Sungai Seluang

Sidang khas bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman-Taman Perumahan, Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah bermula 27 November 2020 sehingga 10 Disember 2020.

Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan 1,412 buah rumah dengan anggaran jumlah 6,000 orang penduduk di taman-taman perumahan seperti berikut: 

Taman Bayam 

Taman Bayam Indah

Taman Kangkong 1 dan 2

Taman Halia

Taman Cekur Manis

Taman Kobis

Taman Sawi 

Taman Seri Limau


8. Situasi Semasa Kilang Top Glove

Satu pasukan Task Force telah diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove ini.

Pasukan Task Force ini dianggotai oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang, IPD Klang

Sehingga semalam, 20 buah kilang telah pun ditutup manakala 7 buah lagi ditutup hari ini dan 1 lagi akan menyusul.

Pihak kilang juga telah diarahkan untuk menjalankan saringan terhadap 2,263 pekerja yang tinggal di luar kawasan PKPD dan akan dikuarantin.


9. Pelanjutan Waktu Operasi Pasar Harian di kawasan PKPB

Sidang khas bersetuju untuk melanjutkan lagi operasi pasar harian bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang dengan penglibatan pihak RELA serta SOP ketat yang telah ditetapkan


10. Program Isolasi Pekerja Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 

Sidang khas hari ini bersetuju menjalankan program isolasi melibatkan 360 orang pekerja MAS Kargo di KLIA yang sihat, tidak bergejala dan disahkan negatif berkuatkuasa 26 November 2020 sehingga 9 Disember 2020


11. Ujian Saringan Pekerja Warga Asing

Kesemua pekerja asing akan disaring melalui kaedah RTK-antigen. PERKESO akan menanggung kos sebanyak RM60 bagi setiap ujian

Sebagai permulaan, ujian saringan ini akan difokuskan kepada pekerja asing di WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah yang melibatkan seramai 888,342 orang pekerja.

Kementerian Sumber Manusia akan menyediakan jadual terperinci bagi proses pelaksanaan program ini yang dijangka akan mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu.

SUMBER: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)